Jumaat, 11 Disember 2009

e-kamus Malaysia v5.02

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Saya harap anda semua sihat walaafiat di samping keluarga tersayang. Alhamdulillah.....

Sepertimana yang kita ketahui, ramai di kalangan kita yang masih lagi menggunakan kamus manual (dictionary book). Apa kata kita beralih ke alaf baru yang mana kita menggunakan e-kamus malaysia yang di terbitkan oleh sahabat saya Yusri Dahaman.

e-kamus yang diterbitkan sejak tahun 2004 sehingga kini ini telah menjadi panduan yang lengkap dan sangat-sangat berguna kepada semua warga internet yang sentiasa membutuhkan rujukan yang padat.

Tanpa membuang masa, suka saya jelaskan serba sedikit tentang pemasangan, pendaftaran, kandungan dan sebagainya tentang e-kamus malaysia v5.02 ini.

Pemasangan e-Kamus 5.02 adalah amat mudah kerana ia menggunakan fungsi autorun komputer anda. Masukkan CD pemasangan e-Kamus 5.02 dan ikuti arahan di skrin komputer anda - dengan hanya beberapa klik sahaja e-Kamus 5.02 akan siap dipasang di komputer anda dan siap sedia untuk digunakan. panduan lengkap pemasangan dan pendaftaran e-Kamus 5.02 disertakan di dalam buku panduan e-kamus 5.02 anda.

Pendaftaran e-Kamus 5.02

• e-Kamus anda boleh berfungsi sebagai percubaan sebanyak 10 kali buka dan tutup program.
• Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan sama ada melalui laman web ataupun menerusi SMS. Panduan pendaftaran melalui SMS disertakan di dalam buku panduan e-Kamus 5.02 anda.
• Gunakan kod yang diperolehi SMS atau email untuk mengaktifkan e-Kamus 5.02 anda

Kandungan e-Kamus 5.02

Perisian e-Kamus 5.02 telah dimasukkan dengan kamus dwibahasa Inggeris-Melayu dan Melayu-Inggeris Alaf Teras (AT). Walau bagaimanapun ia turut disertakan dengan 18 jenis kamus lain (CD dibekalkan) yang anda boleh masukkan ke dalam perisian e-Kamus anda dengan mudah. Anda cuma perlu klik pada fungsi Add/Remove Dictionary di dalam menu Option perisian e-Kamus 5.02 anda dan ianya akan disimpan ke dalam perisian kamus anda.
Pada keseluruhannya, di bawah ialah jenis-jenis kamus yang akan anda dapati di dalam perisian e-Kamus 5.02 anda selepas anda melakukan pemasangan dan memasukkan kamu-kamus tambahan:

1. Kamus English-Malay (AT)
2. Kamus Malay-English (AT)
3. Kamus English-Malay (Times)
4. Kamus Istilah Matematik (DBP)
5. Kamus Dewan Edisi Ketiga (DBP)
6. Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP)
7. Kamus English-Melayu (DBP)
8. Kamus Istilah Kejuruteraan (DBP)
9. Kamus Istilah Komputer (DBP)
10. Kamus Melayu-English (KM)
11. Kamus Istilah Sains (DBP)
12. Kamus English Oxford
13. Dictionary of Medicine
14. Dictionary of Computer
15. Kamus English Peter Collin
16. Kamus Kamus Melayu Arab (asas)
17. Kamus Melayu-Cina (asas)

Selain daripada kelebihan mempunyai 17 buah kamus dan penyemak ejaan Bahasa Melayu yang mantap iaitu Alaf Eja, e-Kamus 5.02 juga mempunyai kelebihan-kelebihan seperti yang disenaraikan di bawah berbanding dengan perisian kamus lain di pasaran.

1. Harga Yang Murah
Kos untuk memiliki sebuah kamus elektronik lain yang mengandungi kamus Bahasa Melayu di pasaran adalah sangat mahal. E-Kamus 5.02 menawarkan perisian kamus berkualiti tinggi yang boleh dipasang di komputer anda bagi menjadikan komputer anda sebuah kamus elektronik pada harga yang kurang daripada RM100.00. Tidak perlu membeli kamus elektronik secara berasingan.

2. Carian Pantas
Enjin carian e-Kamus 5.02 adalah berkuasa tinggi membolehkan anda membuat carian makna perkataan dengan pantas.

3. Fungsi Suara (Sebutan Perkataan)
Fungsi suara (sebutan perkataan) di dalam e-Kamus 5.02 dapat membantu anda menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul . Fungsi suara ini juga dapat membaca ayat yang diberikan secara berterusan tanpa henti.

4. Editor Kamus
Anda boleh menggunakan editor kamus yang terdapat di dalam e-Kamus 5.02 untuk menghasilkan kamus peribadi anda sendiri untuk rujukan anda di masa hadapan.

5. Kamus di dalam kamus
Fungsi 'kamus di dalam kamus' yang terdapat di dalam e-Kamus 5.02 memberikan huraian yang lengkap tentang sesuatu perkataan.

6. Kemas kini dan naik taraf percuma
Setiap pengguna berdaftar e-Kamus 5.02 akan mendapat kemas kini dan naik taraf percuma apabila edisi baru dikeluarkan. Sila lawati laman web ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat.

7. Berintegrasi dengan MS Words 2007 dan sesuai untuk Windows Vista
Perisian e- Kamus 5.02 adalah sesuai untuk digunakan untuk Windows XP dan Windows Vista.

Untuk anda mendapatkan e-kamus Malaysia dengan lebih lanjut, sila ke SINI